satu cerita tentang
Image Hosted by ImageShack.us
By: Kamal Fadhly

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  38  39  40  41  42  43  44  [45]  46  47  48  49  50  51  52  >  >>]    [Archive]
Sunday, 15-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Konsert terhebat abad ini

Kenal Kajol? Seman Wau Bulan? Halim Yazid?

Mereka semua adalah antara penghibur tersohor dalam dikir barat yg. tersohor di Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan daerah Besut amnya. Ramai lagi sebenarnya, tapi saya sendiri pun kurang kenal sangat. Kalau datang ke Kelantan, rajin-rajinla pergi ke Wakaf Che Yeh untuk mendengar halwa telinga anda dengan lagu-lagu dikir.

Picture yg. saya snap di bawah ini merupakan satu fenomena biasa yg. kelihatan di negeri Kelantan. Kalau hari ini tepek dgn. poster ceramah PAS, maka esoknya diganti dgn. dikir barat. Bayaran nak masuk pun murah, paling mahal yg. pernah sy. pergi ialah RM3 aja. Tak mahal dan praktikal bagi mereka yg. berpendapatan rendah, sederhana mahupun tinggi. Walaupun segelinitir org. mungkin cakap "alah,soundspeaker tak bagus" ; "alah, konsert murahan, sape nak tengok", tp. bagi saya ia adalah sebahagian drp. budaya rakyat Malaysia yg. patut dibanggakan.


Lokasi : Berhampiran Bulatan Pasir Mas, Kelantan

www.dikirbarat.uni.cc

Quote:
1. PENGENALAN
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Dikir Barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

Perkataan Dikir ialah hasil dari 2 kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair.Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

2. ASAL USUL
(a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam
Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana pada suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua-dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

(b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu
Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, orang-orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.

(c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang
Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun.

Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi Dikir Barat.

3. PERSEDIAAN SEBELUM BERMAIN.
Bermacam-macam persediaan dilakukan sebelum pertunjukkan dikir barat dipersembahkan.

(a) Menempah tukang karut dan juara. jikalau satu-satu pertunjukkan dikir barat itu dianjurkan oleh
satu-satu badan,terpulanglah kepada penganjur itu menempah tukang karut dan juara yang sesuai
untuk persembahan dikir barat itu. Awak-awak tidak payah ditempah kerana tiap-tiap juara sudah
mempunyai awak-awaknya sendiri. Selalunya penganjur inginkan tukang karut dan juara yang
popular. Penganjur akan menempah tukang karut dan juara sama ada di rumahnya sendiri,
melalui orang tengah,di tempat mereka sedang menunjukkan permainan ataupun
dimana-mana mereka berjumpa.

(b) Mendapat Kebenaran Bermain
Satu lagi tugas penganjur ialah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa seperti Penghulu,
penggawa, pegawai Polis dan Ketua jajahan Daerah.

(c) Iklan-iklan ditampal, disebar dan didedahkan di sekitar kawasan kampung dalam bahasa atau loghat
daerah. Walau bagaimanapun pengumunan melalui pembesar suara sangat popular. Pihak penganjur
akan pergi ke kampung-kampung yang berdekatan pada petang itu dan memberitahu yang
permainan tersebut akan diadakan di kampung yang tertentu. Di antara pengumumannya berbunyi
begini:
"jange lupa adik kakok ini male Dikir Barat di pade Stadium Sultan Muhammad Ke IV,
Kota Baru. Tok Jora dea Tukang karut tersohor seluruh Kelate, Jen Endoro, Megat Nordin,
dan ghama lagi. Dikir Barat Rekod Dunia... jange lupa, datelah beghama-ghama"

(d) Tempat bermain
Permainan Dikir Barat di atas Pentas. Bentuk pentas mengikut corak permainannya itu.

(i) Bangsal Atau pentas Untuk pertunjukan Percuma
Jika permainan ini dipertunjukkan di hari-hari perayaan atau majlis-majlis perkhawinan maka
bangsal atau pentasnya diperbuat tinggi kira-kira 4 kaki. Pertunjukan ini percuma dana semua
penonton dapat melihat dari jauh. Bangsal ini biasanya dibuat daripada buluh berlantaikan papan
dan beratapkan daun kelapa.

(ii) Bangsal Atau Pentas Untuk Pertunjukan Yang Dikenakan Bayaran
Kadangkala ada juga penganjur yang menganjurkan permainan ini dengan tujuan mengutip
wang. penonton dikenakan bayaran masuk. Pentas dibuat sempurna supaya semuanya dapat
menonton.

4. PERSEDIAAN ALAT-ALAT MUZIK
(a) Rebana Ibu dan Anak
Rebana ini mempunyai satu muka berbentuk bulat dengan menggunakan belulang kambing dipasang pada badan dengan siratan tali rotan kepada cincin rotan di bawah rebana itu. Badan dibuat daripada kayu yang tidak dalam (5' - 6' dalam). Belulang dikemaskan dengan menggunakan pancang kayu antara cincin dana bahagian bawah badannya. Rebana Anak lebih kecil saiznya daripada Rebana Ibu.

(b) Tetawak
Tetawak dibuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal. berbusut di tengah-tengah permukaannya. Picnya lebih tinggi dari gong agung. Biasanya tetawak ini digantung dan dipalu busutnya.

5. PAKAIAN
Di dalam permainan Dikir Barat di kelantan yang berasal dari Selatan Siam ini, tidak ada pakaian tertentu atau yang menarik dipakai oleh juara, Tukang karut dan awak-awak. Ini tidak dapat dinafikan kerana permainan ini adalah permainan rakyat biasa di kawasan-kawasan sawah padi dan kampung-kampung, tetapi kini lengkap berpakaian kemas dengan destanya sekali.

6. KUMPULAN AHLI-AHLI
Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang).
(i) Tukang Karut
Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali.

(ii) Juara
Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan) , tapi masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri.

(iii) Awak-awak
Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknya orang-orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.

Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.

(iv) Lagu Karut Dikir Barat.
Di antara lagu-lagu Dikir Barat yang terkenal ialah:

1. Karut Kelantan cepat.
2. Karut Kelantan Anjur (Perlahan)
3. Karut Petani,
4. Karut Wok Yoh
5. Karut pendek
6. Karut Yangki Cepat
7. Karut Yangki Anjur
8. Karut Yangki Tengah ( Sederhana)
9. Karut Yangki Ding Ding
10. Karut Alo
11. Karut Selampit
12. Karut Menora
13. Karut Jenaka Mak Yong
14 Karut Wau Bulan

Ada tiga jenis irama Dikir:

1. Irama Asli
2. Irama Padang Pasir.
3. Irama Hindustan.

7. CARA PERSEMBAHAN
Di dalam permainan ataupun persembahan Dikir Barat selalunya ada dua pasukan yang mengambil bahagian di suatu masa. mereka akan berbalas-balas pantun , sindir menyindir tak ubah seperti orang berkelakar. Walau bagaimanapun ini ialah sebagai hiburan sahaja. Persembahannya adalah di dalam loghat Kelantan. Akhir sekali untuk penghabisan, Tukang Karut sebelah pihak akan mengalunkan lagu sedih. Di antaranya lagu Wau Bulan, Kulat Malam, Ikan Duyung, layang-layang dan lain-lain lagi. Disamping itu Tukang karut ini meminta maaf dan mengenangkan nasib untung Tukang Karut. Antara rangkap lagu Wau Bulan ialah:

Lagu Wau Bulan
Eee wa ee wa bulan
wau bulan teraju tiga ...(Korus)
Minta maaf adik kakok sekalian,
kalau ado silap jangan simpan dalam dado

Tinggal kasih menolak sayang
kalau panjang umur semula pulok kita jumpo

Ohhh sama-sama paling belake
selamat tinggal nok baliklah ambo.

8. PEMBAHARUAN DALAM DIKIR BARAT
Semenjak pihak RTM (Radio dan Televisyen malaysia) menyiarkan Dikir Barat ini sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak diadakan pertandingan Dendang Rakyat. Dikir Barat ini mengalami beberapa proses perubahan dari beberapa segi. Perubahan dan pembaharuan terdapat di dalam bentuk pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagu-lagu yang didikirkan.
Pada asalnya tidak ada pakaian seragam di dalam permainan dikir barat, tapi sejak kebelakangan ini dan sejak diadakan pertandingan Dikir Barat dalam pertandingan Dendang Rakyat kebanyakan pasukan Dikir Barat ada mempunyai pakaian seragam bagi kumpulan masing-masing.

Lagu-lagu yang didikirkan kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar ekonomi baru kerajaan, pembelajaran, perpaduan, kebudayaan dan lain-lain. Tidak terdapat lagu-lagu berunsur lucah didikirkan seperti beberapa tahun yang lepas.

9. PENUTUP
Demikianlah persembahan Dikir Barat yang asalnya adalah dalam bentuk Dikir yang diubah suai dengan pantun-pantun yang ada dalam masyarakat melayu. Kemudiannya diselit dengan lagu-lagu lucu, sedih dan sebagainya.

Dikir Barat ini berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya beberapa kumpulan Dikir Barat di tanahair dan telah menjalani beberapa proses perubahan dan pembaharuan. Dikir Barat bukan sahaja sebagai arena hiburan tetapi ianya juga mampu menyampaikan "mesej" Kerajaan kepada rakyat dan cara pemikiran masyarakat.


Kajol
seorang pondan, maaf kalau terkasar tapi itu realitinya, dia merupakan seorang penyanyi dikir barat yg. mempunyai suara sebijik macam penyanyi Hindustan

Halim Yazid
album pertamanya terjual melebihi 50000 unit di Pantai Timur Semenanjung, lagu-lagunya banyak menerapkan unsur2 nasihat

Maaf, sebenarnya kalau nak diberi penerangan about dikir barat ni, kena tanya orang2 yg. lagi arif mengenai dikir barat. Saya just menyampaikan apa yg. saya tahu aja.

Quote:
lagu anak tupai..halim yazid
ade seko anok tupa
tah jula mokte
kudung eko perut lapa
jale cari make
jale cari make
kejadie Tuhe dipanggil namo tupa
asalnya dale hute
sejenih mamalia
kalu pasa jakit kot dehe
diolah yang paling panda
jatuh jare jare
kerano dio tok sobar
sepanda pada tupa melompat
jatuh tanoh jugok
nak wi gamba ore jahat
jange telajak bangok
ore jame ari tu
kalo de nyo kerik tupa
pendek tahun tu
nye durie tokde nak jual
ore skampung tupa seko
berambak hari hari
nya pakat likungnyo pakat pekong
tupa tokleh lari
setakat bedil ado
tupa habih mati
hok ni lah sayo raso
kita sangak rugi
kito manusio
tinggi mano pung kito ngaji
nok wak tupa seko
tentu skali doh tok jadi
lonih kampung atau bandar
jare bulih tengok
bapok tupa ibu tupa
jale bawok anok
raso sie sangat
tengok seko anok tupa
kerano telajok kuruh
sapo tokleh(nok)niti pagar
bulu bulu pung habih luruh
air mate bera bera
mari dale baruh
bokali kene racun tebaka










Saturday, 14-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Mata Air

 
 
sumber
View all 6 photos...
Kembali semula setelah begitu lama tidak menguploadkan gambar Dengan penjenamaan yg. baru. Tapi agak lucu, apa yg. diubah, tidaklah ketara sangat.


Lokasi : Kg. Air Ganda, Gerik, Perak

Quote:
->The first municipal water filtration works opened in Paisley, Scotland in 1832.
->More than 79,000 tons of chlorine are used per year in the United States and Canada to treat water.
->Of all the earth's water, 97% is salt water found in oceans and seas.
->Only 1% of the earth's water is available for drinking water. Two percent is currently frozen.
->About two thirds of the human body is water. Some parts of the body contain more water than others. For example, 70% of your skin is water.
->There are more than 56,000 community water systems providing water to the public in the United States.
->Public water suppliers process 38 billion gallons of water per day for domestic and public use.
->Approximately 1 million miles of pipelines and aqueducts carry water in the United States and Canada. That's enough to circle the earth 40 times.
->Typically, households consume at least 50% of their water by lawn watering. Inside, toilets use the most water, with an average of 27 gallons per person per day.
->You can survive about a month without food, but only 5 to 7 days without water.
->Each person uses about 100 gallons of water a day at home.
->The average five-minute shower takes between 15 to 25 gallons of water.
->You can refill an 8 oz glass of water approximately 15,000 times for the same cost as a six-pack of soda.
->An automatic dishwasher uses approximately 9 to 12 gallons of water while hand washing dishes can use up to 20 gallons.
->A dairy cow must drink four gallons of water to produce one gallon of milk.
->One gallon of water weighs approximately 8 ½ pounds.
->A person should consume 2 ½ quarts of water per day (from all sources of water, food, etc.) to maintain health.


Hargailah air

Air mata air tempat saya snap ni, ramai dah orang ambil buat penawar sakit dan juga buat pengeras berbomoh-bomoh

Kalau musim kemarau, ramai juga yg. ambil air dkt. sini utk. buat simpanan air dkt. rumah. So far, tempat ini dijaga oleh Jabatan Perhutanan walaupun ada ura-ura dulu mengatakan ada pihak hendak ambil alih.


Friday, 13-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Sudah 20 tahun di dunia


kek dari mama

Hai semua,
Tanggal 13 Mei mempunyai 2 signifikan tersendiri. Satu peristiwa yang terjadi pada 13 Mei 1969 yakni peristiwa hitam dalam sejarah negara kita dan kejadian kedua yang berlaku 16 tahun selepas itu. Peristiwa kelahiran saya di muka bumi ini pada 13 Mei 1985. Sudah 20 tahun melihat alam yang terbentang luas, makin lama saya dekati, makin terasa diri kita ini sebenarnya kekurangan segala-galanya. Kebetulan, saya menyambut ulangtahun ke 20 saya di 2 tempat yang berbeza. Di KL dan Gerik. Ingat hendak snap snap dan snap pics masa di KL tapi tak bawak sebab rushing sangat. Pergi pun atas urusan penting yang hendak diselesaikan.

Sambutan ke 20
- 10.30 p.m; 12 Mei : model KLCC tanpa bayaran ambik saya di sunway
- 11.50 p.m; 12 Mei : makan sate di sate samuri, kajang
- 1.30 a.m; 13 Mei : pi midvalley ingat nak main boling sbb. dulu pernah main boling kul 2 a.m tapi kali ni pergi tak bukak lak
- 2 a.m - 3.40 a.m : lepak di uptown..minum..cuci mata..usha2
- 4 a.m : saya pulang ke sunway
- 9 p.m : sampai di gerik, dan mama buat kek..thanks a lot !


Sunday, 27-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Penjenamaan semula

setelah hampir setahun berkecimpung dalam dunia fotopages maka dengan ini hamba merasakan adalah wajar membuat penjenamaan semula kamal.fotopages.com sesuai dengan peredaran semasa di fotopages

Quote:
bermula dengan perlahan-lahan dari sekarang...berdikit-dikit


maaflah sebab lama tak upload pic..antara reason2 nya

- fotopages cam susah je nak upload skrang..ntah la
- banyak tugasan perlu dibereskan..sejak jadik dreba keta 3 bulan kat gerik nih..heheh
- sedang mengumpul ilham

selain itu juga..sifat kemalasan yg. melampau dalam diri membuatkan semakin malas untuk membawa kamera hamba ke hulu hilir..ntah la..rasanye dah buhsan menangkap pics sorang2..tanpe ditemani kawan kot..ahah..lupakan ajer..tapi selepas ini insya allah ambe akan menyusul dgn. pics sekeliling tmpt. hamba tgl. sekarang di perak ini

regards
encik kamal


Saturday, 26-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Air Terjun

 
datang dgn selamat
 
View all 13 photos...
lokasi - air terjun kanching
pengikut - hamba,pak tam,bob & aizat
transport - kereta kancil aizat..tochey aizat



sewajarnya adegan ini tidak patut dipertontonkan kepada mereka yg bawah 18 tahun

herm..kitaorang bergerak dalam sebuah kumpulan yg dianggotai 4 org termasuk ler hamba..gerak dalam kul 7 pg dr p.j then melalui jalan ldp..kepong..bla bla bla..pastuh tersalah sampai gi ke rawang..sebab xnmpk sign masuk ke tempat nih

terlajak smp kat2 dgn rawang..pastuh jem pulak jalan lame rawang-templer-kl nih..biasa ah..lori spt 'tentera semut' pepagi tu

alhamdulillah..akhirnye sampai dan dapat la mengsnapkan pics yg dipertontonkan

buat mereka yg hendak ke tempat nih..beware of BERUK

hepi viewing



ketiadaan rakan sepermainan

gambar tengah bersuka-ria a.k.a bermandi-manda tak amik coz masa tu simpan camera..maleh ar nak amek..lgpun masuk air..sape yg susah


[<<  <  38  39  40  41  42  43  44  [45]  46  47  48  49  50  51  52  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net